Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Tuesday, March 10, 2009

Al-Hasib/Al-Buzjani - Ilmuwan Matematik

Gelaran ”Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani” atau nama lengkapnya Muhammad bin Muhammad bin Yahya bin Ismail diambil sempena nama tempat kelahirannya, Al-Buzjan, iaitu sebuah desa kecil yang terletak di daerah Khurasan di Iran, atau antara Nishapur dan Harrah. Beliau lebih dikenali dengan Al-Buzjani atau gelaran Al-Hasib umum yang diberikan kepada orang yang menekuni ilmu matematik.

Beliau merupakan salah seorang ilmuwan Muslim terkemuka dalam bidang matematik malah beliau juga memiliki pengetahuan yang besar bagi perkembangan astronomi.

Dalam catatan sejarah Arab, namanya biasa disebut dengan nama-nama berikut: Abu Al-Wafa’, Abu Al-Wafa’ bin Al-Abbas, Al-Buzjani atau Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani.

Al-Buzjani dilahirkan pada tahun 382H (940M) tetapi tidak banyak pencatat sejarah yang menyebutkan secara terperinci tentang jalur pendidikannya. Namun yang jelas, beliau pernah pergi ke Baghdad pada tahun 348H (959M) dan pada saat itu beliau masih muda belia.

Di sana beliau banyak mempelajari ilmu matematik dan ilmu astronomi. Beliau kemudiannya mengajar dan menulis dalam bidang matematik, di samping menjalankan penyelidikan dalam bidang astronomi.

Al-Buzjani termasuk salah seorang ilmuwan Muslim yang memiliki penelitian bagi perkembangan ilmu kiraan kalkulus. Kerana itu, beliau banyak memberikan pemfokusan bagi kebangkitan bidang ilmiah dan industri yang ada pada masa kita sekarang ini.

Antaranya gambar geometri dan kalkulus yang dianggap sebagai tumpuan dasar bagi pengembangan industri dan teknologi, dan sebagai cara untuk mengukur berbagai-bagai bentuk dan ukuran yang sulit.

Beliau banyak menghabiskan masa dengan mengkaji, menulis dan menghasilkan buku yang berjudul Al-Madkhal ila Al-Aritsmatiqi, dan arithmetik yang merupakan bahagian daripada ilmu matematik.

Beliau turut menghasilkan buku atau kitab Ma Yahtaju Ilaihi Amal Wa Al-Kitab Min Shina’ ati Al-Hisab. Secara ringkas buku ini dikenali dengan nama Al-Manazil Fil Hisab atau Kitab Al-Manazil. Buku ini ditulis oleh Al-Buzjani untuk digunakan oleh pegawai-pegawai negeri. Dalam bukunya itu, beliau menerangkan tentang kaedah ilmu kiraan India, seperti goresan pada pasir dan bagaimana menghapuskannya.

Pada kenyataannya itu, ilmu hitung ini didasarkan pada cara hitung yang disebut “Hitungan Romawi dan Arab” menurut cara penyelesaian penghitungannya. Kadang-kadang ianya juga hanya dilakukan di dalam benak seseorang, dan dalam keadaan tertentu juga ada langkah penyelesaian dengan cara menghitung jari. Inilah yang saat dikenali dengan nama “hitungan tangan“, “hitungan akad”, dan “hitungan udara”.

Manakala untuk berinteraksi dengan bilangan pecahan pula, hitungan tangan menggunakan ukuran enam puluhan atau pecahan itu diubah menjadi mata wang atau satu ukuran. Dalam karyanya yang berjudul “KitabAl-Manazil” telah menjadi dasar dalam menghitung. Indeks buku “ Al-Manazil” didasar pada keadaan aslinya, iaitu bahawa buku ini terbahagi menjadi tujuh manzila (tingkatan), dan masing-masing manzilah terbahagi menjadi tujuh bab.

Keunggulan Al-Buzjani dalam ilmu astronomi dan matematik telah membuat para astronomer dan ahli matematik Barat merasa kagum sekali gus iri hati terhadap ilmunya. Oleh kerana mereka didorong oleh perasaan iri hati itu, telah membuatkan salah seorang daripada mereka mengaku apa yang ditemukan oleh Al-Buzjani sebagai penemuannya sendiri.

Misalnya, ilmu astronomi yang ‘khianat’ itu berasal dari Denmark, bernama Tyco Brahe (1546-1601). Dia menulis tentang ketidaksempurnaan ketiga pada gerakan bulan, dan dia mengaku bahawa itu adalah pendapatnya sendiri. Sebahagian sejarawan memang ada yang mengatakan bahawa ini adalah penemuan Brahe. Akan tetapi sebahagian yang lain, ada juga membantah hal itu.

Permasalahan ini sempat menjadi perdebatan yang panjang, hingga dapat diyakinkan pada masa sekarang bahawa penemuan ketidaksempurnaan ketiga pada pergerakan bulan adalah penemuan Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani, sekalipun Tyco Brahe mengakuinya malah pengakuan ini didukung oleh orang Barat lainnya.

Dalam ilmu matematik, Al-Buzjani merupakan orang pertama yang membuat identiti trigonometri yang dikenali dengan sebutan “tangent” atau (persesuaian) dan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang geometri dengan memberikan tambahan-tambahan penting dan baru bagi berbagai-bagai penemuan Al-Khawarizmi sehingga menjadi dasar hubungan antara ilmu geometri dengan algebra.

Hubungan ini telah menjadi ‘alat ilmiah’ yang penting dan digunakan untuk berbagai-bagai kepentingan sistem ilmiah dalam beberapa disipilin ilmu. Beliau juga telah mempelopori ilmu analitikal geometri sebagai salah satu bahagian yang terpenting dalam ilmu matematik, malah dianggap sebagai salah seorang ilmuwan yang tiada bandingan.

2 comments:

akula said...

Molek ni, jgn nama kelas je ikut tokoh islam bila tanya budak dalam kelas tu..tak tahu pun sapa tokoh2 tersebut.

ke 2, nama kelas molek..'isinya' guana ?

Rahsidah Arbain said...

Tk akula yang sudi ziarah.
InsyaAllah segalanya dalam usaha, berserah pada Allah segalanya

Blog Widget by LinkWithin

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP