Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Wednesday, July 15, 2009

Al-Battani- saintis


Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harrani. Menurut sumber sejarah beliau dilahirkan pada 858 Masihi di Negeri Harran dan menurut sumber lain tempat kelahirannya adalah di Battan, salah satu negeri di Harran. Al-Battani mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn San’an yang juga merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamannya.


Beliau kemudiannya berhijrah ke Raqqa yang terletak di tebing Sungai Euphrates dan mendapat pendidikan lanjut dan mendapat kesarjanaan dalam bidang tersebut. Pada abad ke 9, beliau berhijrah pula ke Samarra dan bekerja di sana sehinggalah ke akhir hayat beliau iaitu pada 929 Masihi. Pada asalnya beliau ialah seorang Sabian (penyembah Bintang) dan kemudiannya memeluk agama Islam.


Al-Battani merupakan seorang Astronomi yang terkenal serta seorang yang mahir dalam bidang Matematik. Beliau merupakan seorang Ahli Astronomi yang begitu masyhur yang bertanggungjawab meneroka pelbagai penemuan dan kajian dalam bidang Astronomi. Diriwayatkan bahawa beliau memulakan kajiannya di Bittan, Iraq, kemudian di Antokiah, Syria.


Kajian-kajian beliau bermula sejak usia beliau masih lagi muda belia dan usaha kerasnya ini bermula ketika beliau di Raqqa dan kajiannya menjangkau selama lebih 42 tahun. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Penemuan beliau ini telah menghasilkan kiraan kadar pengiraan pusingan tahun iaitu 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat.


Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan kajian beliau telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya termasuklah karya penulisan ilmiah beliau dalam bidang Astronomi dan juga Trigonometri. Buku beliau yang begitu terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et Motibus.


Karya-karya beliau dalam bidang Astronomi amatlah mempengearuhi dunia ilmuan Barat sehinggalah muncul zaman Renaissance. Al-Battani telah berjaya membetulkan hasil Batlimous dalam bukunya “ Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Buku tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Latin oleh Aplaton Al Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini telah berjaya memberi kesan terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai contoh yang nyata ialah tentang kajian Copernicus terhadap penghasilan beliau.


Antara karangan beliau yang lain ialah “Zaiju al Ralqani" yang mengandungi hasil kajian beliau, “Syarah Arbau’u Maqolat Li Batlimous", “ Kitab Ta’ dil Kawakib" dan “Kitab Ma’rifatul Matoli’u al Buruj fima Baina Arba’i al Falak". Beliau juga mempunyai beberapa rencana dalam bidang Geografi.


Lantaran kehebatan dan kegeniusan beliau dalam pelbagai bidang ilmu ini menyebabkan beliau turut digelar Batlimous Arab. Al-Battani yang turut digelar Al Bategnius memiliki kemampuan yang luar biasa sehinggakan beliau berjaya menyatukan antara ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori Astronomi. Sesungguhnya jasa dan kehebatan beliau sememang tidak boleh disangkal lagi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP