Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Tuesday, August 11, 2009

Ibnu Rusyd (Averroes) *ahli falsafah, kedoktoran dan ilmu fiqh



Nama sebenar Averrose ialah Abu Walid Muhammad bin Rusyd> Beliau lebih dikenali dengan Ibnu Rusyd yang lahir di Kordoba (Spanyol) pada tahun 520 Hijriah (1128 Masehi). Ayah dan datuk Ibnu Rusyd adalah hakim-hakim terkenal pada masa itu.

Ibnu Rusyd sejak kecil adalah merupakan seorang anak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu dan mempunyai bakat tinggi. Dia mendalami pelbagai bidang ilmu, seperti kedoktoran, hukum hakam, matematik dan filsafat. Ibnu Rusyd mendalami bidang filsafat dari Abu Ja'far Harun dan Ibnu Baja.

Ibnu Rusyd adalah seorang genius yang berasal dari Andalusia dengan pengetahuan ensiklopedik. Masa hidupnya sebahagian besarnya diberikan untuk mengabdikan diri sebagai "Kadi" (hakim) dan fisikawan.

Di dunia barat, Ibnu Rusyd dikenali sebagai Averroes dan komentator yang terbesar dalam bidang filsafat Aristoteles yang mempengaruhi filsafat Kristen di abad pertengahan, termasuk pemikir seperti St. Thomas Aquinas. Ramai yang berjumpa Ibnu Rusyd untuk mengkonsultasikan masalah kedoktoran dan masalah hukum.

Pemikiran Ibnu Rusyd

Karya-karya Ibnu Rusyd meliputi bidang filsafat, kedoktoran dan fikih dalam bentuk karangan, ulasan, essai dan resume. Hampir semua karya-karya Ibnu Rusyd diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani (Yahudi) sehingga kemungkinan besar karya-karya aslinya sudah tidak ada.

Terdapat 2 Filsafat Ibnu Rusyd iaitu:
i. Filsafat Ibnu Rusyd seperti yang difahami oleh orang Eropah pada abad pertengahan; dan
ii. Filsafat Ibnu Rusyd tentang akidah dan sikap keberagamaannya.

Karya Ibnu Rusyd:
Bidayat Al-Mujtahid (kitab ilmu fiqih)
Kulliyaat fi At-Tib (buku kedoktoran)
Fasl Al-Maqal fi Ma Bain Al-Hikmat Wa Asy-Syari’at (filsafat dalam Islam dan menolak segala paham yang bertentangan dengan filsafat)
Blog Widget by LinkWithin

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP