Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Saturday, January 3, 2009

JABIR- Pakar Kimia


JABIR IBNU HAYYAN ( 750 – 803 m )


Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka di dunia. Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia yang berasal dari Kufah ( Iraq) Nama penuh beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dikenali juga dengan gelaran Al Harani dan merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua.
Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid sebagai teman dan anak murid kepada Imam Syiah ke enam, Imam Ja’afar Al Siddiq. Beliau kemudian menetap di Baghdad dan meninggal dunia pada abad ke lapan Masihi. Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid bin Yazid b. Muawiyah. Beliau kurang dikenali dan kurang bergaul dan sifatnya ini membolehkannya menumpukan perhatian terhadap kajiannya.


Di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali sebagai Gaber bin Hayyan. Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden. Beliau digelar mahaguru kimia Arab dan Gaidaki berpendapat bahawa Gaber telah berjaya membongkar rahsia yang membolehkan sisa-sisa galian ditukar kepada bentuk emas. Beliau juga telah mengembangkan falsafah Greek tua yang bergantung kepada empat unsur kepada cuma dua unsur iaitu gas dan cecair yang berasal dari sulfur dan raksa.


SUMBANGAN TOKOH

Jabir telah berjaya menghasilkan lebih kurang 190 karya yang mengandungi dua senarai. Senarai pertama mengandungi sebanyak 112 buah, manakala senarai kedua pula sebanyak 70 karya yang merangkumi perbahasannya dari sudut falsafah, kimia, kedoktoran, dan alam semulajadi. Di antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Malik Al-Rahmat, Al-Tajmi, Al-Asrar, kitab Al-Sab'in, kitab Al-mizan, kitab Al-Kimia. Kitab Al-Kimia dan Al-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin.


Pada tahun 1444, ' Robert Chester ' adalah orang Inggeris pertama telah menerbit dan menterjemahkan kitab Al-Kimia ke dalam bahasa Inggeris, yang berjudul " The Book of The Composition of Alchemy ".
Buku kedua kitab Al-Sab'in, juga telah diterjemahkan oleh ' Gerard Cremona '. ' Berthlot' juga salah seorang penterjemah hasil karya Jabir di antaranya berjudul " Book of Kingdom ", " Book of The Balances ", " Book of Eastern Mercury ",. Kemudian pada tahun 1678, telah muncul pula ' Richard Russel ' menterjemah karya Jabir yang berjudul " Sum of Prefection ". Richard Russel amat berbeza daripada penterjemah-penterjemah yang lain kerana beliau adalah orang pertama yang telah menggelar dan memanggil Jabir dengan gelaran " Al- Geber ". Bukan setakat itu sahaja, malah beliau turut memuji Jabir sebagai seorang tabib Arab dan ahli falsafah yang terkenal. Oleh itu buku terjemahan beliau menjadi terkenal, laris dan popular di kalangan orang Eropah selama beberapa abad lamanya.

Blog Widget by LinkWithin

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP