Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Saturday, December 13, 2008

Al-Biruni - Gelaran kepada Abu Rayhan

Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm.

Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-­putera Ma’muniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma’muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar ‘Khawanizini’ kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawanizin.


Pendidikan

Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasa’il al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penu­lisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.

Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.


Sebagai AhIi Astronomi

Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astro­nomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu:
Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina’at al-Tanjim (Seni Astronomi).

Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut:


1. Teori alam semesta

Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa,
‘Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan per­sekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.


2. Kosmogeni

Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.


3. Teori geosentrik

Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang ter­dahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.


4. Kalender dan kronologi

Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al­Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar.

Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga pene­rangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.


5. Matahari

Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:

(a) Sifat fizikal Matahari

Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberi­kan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang mem­bakar.

(b) Gerakan tahunan

AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan mata­hari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.

(c) Panjang tahun solar (tropika)

Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati peruba­han dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melapor­kan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan­nya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat. Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.


(d) Fajar dan senja

Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.
Sebagai AhIi Sains
Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.


1. Trigonometri sfera

Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.

Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembang­kannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.
Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri me­ngandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.


Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke­satuan mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengira­an. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan mem­buktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.
sinA = sinB = sinC

a b c
Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.


2. Aritmetik orang India

Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India
(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.


3. Cahaya dan bunyi

Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala bermula atau berakhir apa­bila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.


4. Graviti

Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.


5. Ketumpatan

Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut mem­berikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti berikut:


Emas Raksa Tembaga Loyang Besi Plumbum
19.26 13.74 8.92 8.67 7.82 11.40
19.05 13.59 8.83 8.58 7.74 11.29
19.26 13.59 8.85 8.40 7.79 11.35


Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketum­patan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya membuat ukuran tepat.


6. Mekanik

Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.


7. Berat dan ukuran

Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astro­nomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.


8. Geografi, geodesi dan stratografi

Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bi­dang geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pengu­nungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir.

Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India.

Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi menaksirkan lilitan bumi dan mendapat ang­garannya 25,000 batu. Daripada al-Biruni kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.

Beliau meninggal dunia pada 1 September 1048 @ 12 Rejab 440H.

Sumber: diambil dari seorang Pensyarah

Wednesday, November 26, 2008

Al-Khwarizmi - Ahli Matematik


ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.

Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).

Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.

Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.

Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.

Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.

Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.

Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.

Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.

Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat.

Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.

Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.


Wednesday, November 19, 2008

Quran, Sains dan Matematik


Islam merangkumi setiap kehidupan manusia, bermula seseorang itu bangun tidur sehinggalah memejamkan kembali matanya, mengatur sepanjang kehidupan seseorang. Oleh itu amat malang sekali sekiranya ada yang mengatakan hanya dengan mempelajari ilmu tauhid itu sahaja yang dapat mengenal dan mendekatkan diri dengan Allah SWT. Hakikatnya semua ilmu berkait rapat dengan Pencipta Alam ini termasuklah bidang Matematik yang mana masih ramai lagi manusia tidak dapat mengaitkannya dengan Ketauhidan Alllah SWT. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga golongan yang telah menyedarinya sehingga ada satu pepatah "today maths is the mother of all sciences" (matematik hari ini adalah ibu segala ilmu sains). Kedua-dua ilmu tersebut amat berkait rapat dengan kehidupan manusia sepertimana umat Islam menguruskan bidang muamalah, faraid, penentuan waktu solat, arah kiblat, anak bulan dan sebagainya.

Begitu juga bagaimana penemuan-penemuan bidang Matematik yang dikembangkan menurut Al-Quran oleh tokoh-tokoh Matematik seperti Khwarizmi, Biruni dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran banyak membincangkan tentang ilmu pengiraan, penomboran secara jelas maupun tersirat. Contohnya sistem penomboran dalam Surah Al-Kahfi ayat 19 dan 22, sistem pecahan dalam surah An-Nisa' ayat 11, 12, 176 dan lain-lain penyelesaian permasalahan manusia. Oleh itu benarlah bahawa Al-Quran itu terkandung segala bidang ilmu yang perlu diterokai oleh semua manusia khususnya umat Islam itu sendiri. Sama-samalah kita dalami Al-Quran kerana di sana terdapat intan berlian yang tiada tolok banding nilainya, InsyaAllah.
Blog Widget by LinkWithin

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP