Islam merangkumi setiap kehidupan manusia, bermula seseorang itu bangun tidur sehinggalah memejamkan kembali matanya, mengatur sepanjang kehidupan seseorang. Oleh itu amat malang sekali sekiranya ada yang mengatakan hanya dengan mempelajari ilmu tauhid itu sahaja yang dapat mengenal dan mendekatkan diri dengan Allah SWT. Hakikatnya semua ilmu berkait rapat dengan Pencipta Alam ini termasuklah bidang Matematik yang mana masih ramai lagi manusia tidak dapat mengaitkannya dengan Ketauhidan Alllah SWT. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga golongan yang telah menyedarinya sehingga ada satu pepatah
"today maths is the mother of all sciences" (matematik hari ini adalah ibu segala ilmu sains). Kedua-dua ilmu tersebut amat berkait rapat dengan kehidupan manusia sepertimana umat Islam menguruskan bidang muamalah, faraid, penentuan waktu solat, arah kiblat, anak bulan dan sebagainya.
Begitu juga bagaimana penemuan-penemuan bidang Matematik yang dikembangkan menurut Al-Quran oleh tokoh-tokoh Matematik seperti Khwarizmi, Biruni dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran banyak membincangkan tentang ilmu pengiraan, penomboran secara jelas maupun tersirat. Contohnya sistem penomboran dalam Surah Al-Kahfi ayat 19 dan 22, sistem pecahan dalam surah An-Nisa' ayat 11, 12, 176 dan lain-lain penyelesaian permasalahan manusia. Oleh itu benarlah bahawa Al-Quran itu terkandung segala bidang ilmu yang perlu diterokai oleh semua manusia khususnya umat Islam itu sendiri. Sama-samalah kita dalami Al-Quran kerana di sana terdapat intan berlian yang tiada tolok banding nilainya, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment