JABIR IBNU HAYYAN ( 750 – 803 m )
Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka di dunia. Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia yang berasal dari Kufah (
Di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali sebagai Gaber bin Hayyan.
SUMBANGAN TOKOH
Jabir telah berjaya menghasilkan lebih kurang 190 karya yang mengandungi dua senarai. Senarai pertama mengandungi sebanyak 112 buah, manakala senarai kedua pula sebanyak 70 karya yang merangkumi perbahasannya dari sudut falsafah, kimia, kedoktoran, dan alam semulajadi. Di antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Malik Al-Rahmat, Al-Tajmi, Al-Asrar, kitab Al-Sab'in, kitab Al-mizan, kitab Al-Kimia. Kitab Al-Kimia dan Al-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin.
Pada tahun 1444, ' Robert Chester ' adalah orang Inggeris pertama telah menerbit dan menterjemahkan kitab Al-Kimia ke dalam bahasa Inggeris, yang berjudul " The Book of The Composition of Alchemy ". Buku kedua kitab Al-Sab'in, juga telah diterjemahkan oleh ' Gerard Cremona '. ' Berthlot' juga salah seorang penterjemah hasil karya Jabir di antaranya berjudul " Book of Kingdom ", " Book of The Balances ", " Book of Eastern Mercury ",. Kemudian pada tahun 1678, telah muncul pula ' Richard Russel ' menterjemah karya Jabir yang berjudul " Sum of Prefection ". Richard Russel amat berbeza daripada penterjemah-penterjemah yang lain kerana beliau adalah orang pertama yang telah menggelar dan memanggil Jabir dengan gelaran " Al- Geber ". Bukan setakat itu sahaja, malah beliau turut memuji Jabir sebagai seorang tabib Arab dan ahli falsafah yang terkenal. Oleh itu buku terjemahan beliau menjadi terkenal, laris dan popular di kalangan orang Eropah selama beberapa abad lamanya.
2 comments:
salam ziarah..blog yg sgt bermanafaat..teruskan..
Tk, InsyaAllah usaha akan diteruskan.
Post a Comment